Friday, October 21, 2016

The Waiting Game, Masih Menunggu Hari

Assalamualaikum..

Tu dia.. First entry hari tu bulan Julai, sekarang dah minggu ke-3 bulan Oktober!
Mana janjimu untuk rajin update??
Haha.

Memang terbuktilah saya ni bukanlah jenis yang rajin untuk menulis (mengarang cerita), walaupun banyak benda yang nak diceritakan atau dikongsikan di sini. Sebenarnya untuk kenangan di masa tua nanti (insyaAllah, jika umur panjang..) dan tatapan anak2 bila mereka dah besar nanti. Hehe.

Usia kandungan sekarang dah 37 minggu 3 hari. Dan, sebenarnya saya dah tak sabar-sabar nak bersalin! Kenapa?? Sebab sangat tak larat dengan sakit-sakit badan mengandung kali ni. Mungkin kah sebab mengandungkan bayi lain jantina kali ni atau disebabkan faktor umur?? Hihi. Sebab seingat saya, semasa mengandungkan kedua-dua anak sebelum ni, saya sangat bertenaga. Naik turun tangga kat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (UiTM Pulau Pinang) itu takda masalah bagi saya. Lif tetiba rosak masa hari bekerja? No hal, tangga ada. Hihi. Sampai rakan-rakan pun tegur, macam orang tak mengandung! Tapi, mengandung yang ketiga ni, saya duduk rumah jer. Dah lama bergelar suri rumah sepenuh masa. Tapi, penatnya, ya Allah.. Naik turun tangga rumah yang hanya 2 tingkat ni pun jadi semput yang amat!. Hmm.. saya rasa, faktor utama adalah umur yang semakin lanjut (tua!). Haha.

Mengandungkan kakak Damia dulu, umur saya 26 tahun. Mengandungkan adik Dafinah, umur saya 28 tahun. Dan yang sekarang, umur saya dah masuk 3 series dah - 32 tahun!. Ohmai! Nasib baik klinik kat SP ni tak wajibkan lagi minum air gula semasa mengandung. Haha. Paling fobia bila pregnant tau! Umur berapa baru wajib? Ha.. 35 tahun dan ke atas! So, saya bagitau suami, kalau rasa2 nak tambah lagi, beranak lagi sekali semasa umur 34 tahun, lepastu tutup kilang!.
Tudia, punya takmau minum ayaq gula punya pasai!. Hahaha.

Hmm.. Kepala baby dah engaged dah sebenarnya. So, memang semakin tak selesa tidur dibuatnya. Sakit kat ari-ari, celah kangkang tu memang taktau nak kata dah. Pastu kejap-kejap bangun ke toilet. Sebab kepala baby dah tekan pundi kencing. Penat berulang alik ke toilet jer sekarang ni. Sebab tu ummi memang bersedia sangat dah kalau baby nak keluar anytime now! Hihi. Berat pun rasanya dah ok dah, insyaAllah. Last scan masa 34 weeks hari tu, estimated weight adalah 2.3kg. Lepas dah tu kalau ikutkan. Haha. Tapi, ayah pula memujuk supaya baby tunggu lagi beberapa minggu. Kalau boleh, kena dengan due date, 9 November. Sebab beliau tengah sibuk dengan kelas intensif pelajar-pelajar SPM bulan Oktober dan awal November nih. Huhu. Ummi tak larat dahhhh..

Persiapan menyambut baby pun, insyaAllah dah OK. Taklah ber-iya sangat seperti menyambut anak pertama dulu. Boleh dikatakan masa tu pun ummi agak 'kaya' kot. Hihi. Beg hospital pun dah siap lama, cuma tak diletakkan dalam kereta sahaja.

Huhu, tetiba penat sangat dah mengarang ni. Dah lama duduk kat kerusi ni, mesti sakit punggung dan pinggang bila nak bangun dari kerusi ni jap lagi. Kehkeh.

Oklah, esok sambung update lagi. (Hopefully)

^_^

Monday, July 11, 2016

First Entry! Selamat Hari Raya 2016!

Assalamualaikum wrt wbh.

Bismillah...

Cubaan untuk berblog lagi sekali. :D
Entah ni blog yang ke berapa dah saya create. Hihi. Yang lama semua dah tak aktif. Semoga ini blog yang terakhir dan berkekalan hendaknya. Haha.

Hmm..
Sebab apa nak create blog baru?
Sebab saya dah berazam nak merekodkan semua hasil2 kerja jahitan saya di blog ini. Selain itu, di blog ni juga saya nak save link ke semua tutorial menjahit yang saya jumpa. :) Selingannya nanti of course lah about my memories and parenting journey to my children juga. :)

Dan satu lagi azam tahun ni adalah nak mula small business menjual barang2 handmade, especially babies' apparels/gears. Hehe. Semoga Allah permudahkan semuanya :).

Serba sedikit about me.
Nama diberi adalah Elda Malissa Sangit. :)
Nama panggilan Elda. Saya tak biasa dengan panggilan Malissa. Memang akan tak sengaja ignore jika orang call me Malissa. :)
Umur sekarang 32 tahun. Mother to 2 beautiful angels. Baby no.3 is half-way journey to join us, due on November, insyaAllah. (May Allah ease everything). Masih belum tahu gender lagi. Hopefully boy pula kan. Hihi. Tapi, tak kisah juga if girl, yang penting sihat walafiat, sempurna :).

Hari ni baru 6 Syawal, jadi, saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua readers! **Raya kan sebulan ;p


Hannah Damia (jiejie), Elda (ummi), Mohd Hazri (ayah), Hannani Dafinah (meimei).

Baju kami yang girls semua jahit sendiri, kecuali si ayah. Sebab kain pun tak cukup, dan ummi pun belum pernah cuba jahit baju melayu lelaki. ^_^
Next raya yer ummi jahitkan. 

Ok, dah panjang dah intro untuk first entry ni. (not bad!) 
Undur diri dulu yer. 
More entries and updates coming soon yer :)
Of course pasal baju raya dulu lah yer. Hikhik